Saturday, 31 May 2014

P.E.M.I.M.P.I.N



Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin 

dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, 
seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab 
atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya. 
(H.R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi ).


Hebatnya Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh



Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

        Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.

        Ketika penaklukan Konstantin,baginda juga membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.



       Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Karisma Seorang Pemimpin.

       Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku”.


         Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
         Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al-Fateh” iaitu yang bermaksud “pembuka” atau “penakluk” lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Srbaik-baik Tentera.


        Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!” Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!” Sebahagian daripada tenteranya duduk.
        Kemudian baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!” Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.


Impian + Cita-cita.

       Jauh di sudut hati,kagum dengan cara kepimpinan seorang Sultan yang telah menjadi sebaik-baik raja dan memimpin sebaik-baik tentera.Diri ini juga tidak pernah berhenti berdoa dan menyimpan angan-angan untuk menjadi sebahagian daripada tentera Al-Fateh yang telah gugur syahid demi menegakkan Syiar Islam di mata dunia.

        Sebagai langkah permulaan,Amanah yang diterima di sekolah untuk membantu meringankan kerja murabbi2 membimbing Umat Akhir Zaman akan dipikul dengan sebaik mungkin.Sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri 'Penakluk Konstantin' ini akan cuba dipraktikkan untuk meneruskan wadah perjuangan yang semakin mencabar hari demi hari.

                                                  [ Foto Badan Kepimpinan Pelajar MTSD ]


# Doakan Kejayaan kami dalam menempuh Dunia Kepimpinan ini !! 


''Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemimpin pilihan di antara 
kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga 
mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu 
juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin 
yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, 
dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka 
juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita 
tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda: Jangan menentang mereka 
selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu. ''
(H.R. Muslim)


Friday, 30 May 2014

S.A.H.A.B.A.T

Setiap insan,pasti akan memerlukan teman yang mampu berada disisinya ketika mana dirinya dilanda kesusahan maupun kesenangan.

Sahabat

Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.




Cerita Saya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

          Sebenarnya saya ada cerita yang nak dikongsikan dengan anda semua..Cerita ini mengenai 'Sahabat' saya.,Saya juga mempunyai sahabat seperti anda.Tapi mungkin kisah saya berbeza dengan kisah 
anda.Saya mula mengenali sahabat saya pada tahun 2012.ketika itu usia baru 13 tahun.Menuntut ilmu di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman,sekolah yang banyak menerapkan nilai Islah dalam diri juga seiring dengan api perjuangan yang tidak pernah malap.Di Sekolah ini,saya mulai belajar tentang "KASIH SAYANG" yang sebenar..Semasa belajar di peringkat sekolah rendah,saya tidak begitu memahami tentang apa itu kasih dan sayang..tetapi apabila masuk ke alam remaja,,saya mula belajar erti kasih dan sayang sesuai dengan syariat Islam.

           Sahabat saya sama macam sahabat anda yang lain,sentiasa ada ketika saya sedang memerlukan.Sentiasa hadir tanpa dipinta.Sentiasa menghiburkan hati tika duka datang menyapa.Walaupun kadang-kadang percakapannya agak kasar,tingkahnya menjengkelkan,,tetapi apa yang pasti,sahabat saya ini jauh lebih istimewa,istimewa yang macam mna?? Biarlah Rahsia :)
Di sekolah,kawan2 yang lain tidak pernah mengetahui tentang persahabatan kami.Tidak tahu mengapa,mungkin kerana kami lebih suka merahsiakan persahabatan kami ini.Jika dia jatuh,sayalah yang membantu dia bangkit.Jika saya jatuh,dialah yang membakar semangat saya untuk bangkit.Benar apa yang diungkapkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W :
  
      "Sesama orang mukmin itu bagaikan satu bangunan (kal bunyan) yang saling meguatkan"(H.R. Bukhari).

           
           Pada suatu hari,Allah menguji persahabatan kami.Mungkin Allah ingin melihat sejauh mana perjalanan persahabatan kami ini.Disebabkan beberapa perkara,.hubungan yang dahulunya akrab bagai isi dengan kuku kian berantakan.Jalinan yang sudah lama terjalin kian putus di pertengahan jalan.Iblis sudah mula melebarkan senyuman apabila melihat ukhwah yang terjalin dikalangan anak Adam hancur berkecai.Sekarang saya tidak lagi menerima kata-kata semangat daripada seorang sahabat.Sahabat saya itu lama kelamaan semakin jauh dari gapaian tangan ini.Sudah puas otak ini memerah tenaga mencari asbab terjadinya persengketaan ini.
Tetapi,sayang seribu kali sayang.masa yang belalu tidak boleh diputar semula.


            Apa yang hendak saya katakan disini,sekiranya sahabat saya itu membaca Coretan Fatayat ini,saya ingin dia tahu bahawa "UhibbukFillah,kalau anti nak tau..setiap hari ana doa supaya persahabatan kita ni terjalin balik macam dulu.Ana tak pernah berhenti doa kat anti.Dan ana percaya rindu ana sampai kat anti melalui doa tu"...Hmm..Anti kalau rindu kat ana,baca buku yang pernah ana bagi kat anti,tu pun klau anti masih simpan buku tu,klau tak..takpalah..ana tak kisah".'Sahabat..,yang menghubungkan kita,bukan darah daging,tetapi kepercayaan yang sama,kepada Maha Esa.Atas jalinan itu.kita bersaudara,dan saudara kepada saudara itu ada haknya.Betul apa yang dinyanyikan oleh Pasha (Kump UNGU) 'Satu jam saja,ku telah bisa sayangi kamu di hatiku,namun bagiku melupakanmu perlu waktu tuk seumur hidup..'


                                                


              Maafkan ana sememangnya ada buat garis kat hati anti.
Terima kasih sebab sudi jadi Sahabat ana.
Jangan benci ana :)
        
   “Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah.” (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Wednesday, 28 May 2014

UkhWah Fillah Abadan Abada

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu Indah ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

~ ♥♥ ~ Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

~ ♥♥ ~ Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

~ ♥♥ ~Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!


Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri


~ ♥♥ ~ Di mana letaknya ukhuwah kita?

diakui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. kita mahu ukhuwah bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, kita tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kita telah pun terikat padu.

~ ♥♥ ~ diharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh/ah hingga nanti apabila kita ditakdirkan berkahwin, setiap dari kita mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan. amin. ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ hadis :

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim). ~ ♥♥ ~


Ciri-Ciri Manusia Unggul

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..



Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.



1. Keimanan Yang Utuh
Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:
' Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'.
( Surah al-Asr : 1-3 )
lam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih.
Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada ýTuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
2. Pelaksanaan Amal Ibadat
Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah swt :
' Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat'.
( Surah az-Zariat : 56 )
Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.
Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah swt berfirman:
' Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela'.
( Surah al-Mukminun : 1-6 )
3. Akhlak Mulia
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.
Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda,
'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'.
( Riwayat Ahmad )
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:
a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:
' Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya'.
( Surah al-Baqarah : 283 )
b) Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:
' Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya '.
( Surah al-Bayyinah : 5 )
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
' Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim'.
( Riwayat Imam al-Baihaqi )
c) Tekun
Islam menggalakkkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah saw,
' Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun'.
( Riwayat Abu daud )
Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.
d) Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai denga lebih cepat lagi.
Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
e) Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman:
' Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras'.
( Surah Ibrahim : 7 )
f) sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt :
' Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya'.
(Surah Ali Imran : 200)
g) Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
'Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri'.

(Riwayat Abu Syeikh)



Kesan Kepada Masyarakat, Negara Dan Ummah

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Prinsip-prinsip hubungan kejiranan dan masyarakat di sekitarnya akan diasaskan kepada panduan-panduan yang digariskan oleh Islam. Firman Allah swt:
' Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai ..'.
( Surah Ali Imran : 103 )
' Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki'.
( Surah an-Nisa’ : 36 )
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
' Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain'.
( Riwayat at-Tabarani )
                                                                  ***********************

# Jadi,setiap mukmin adalah saling memerlukan antara satu sama lain untuk menjadikan mukmin yang lain itu sebagai 'Qudwah Hasanah' untuk masyarakat sekeliling..# Teruskan membantu saudara mukmin kita agar kita sama-sama mencapai Mardhatillah & SyurgaNya..



                                                           ( Uhibbuk Fillah Abadan Abada  )

Friday, 2 May 2014

Menuntut Imu LillahiTaala


H.A.T.I

Hati ni asalnya S.U.C.I .,
tapi mcm mna Cik Hati ni boleh kotor??
              
HATI adalah RAJA kepada segala anggota.
  Apabila mendekati Dia,kekosongan hati terisi sepenuhnya.,Perasaan takut mulai hilang.Perasaan gelisah musnah.Perasaan resah juga punah.Yang ada hanya apa??Yang ada hanyalah ketenangan :)


  Hati adalah milik Allah S.W.T .Hati yang mati adalah perkara yang paling menakutkan untuk golongan Mukmin yang bergerak mencari Keredhaan Allah dalam hidupnya.

Jangan Tinggal Perkara Asas.
Resepi utama dalam menghidupkan hati adalah dengan menjaga perkara-perkara asas.Dalam rutin seharian kitasebagai manusiayang beriman,apakah perkara-perkara asas itu ??

        1. Mendirikan solat fardhu.
        2. Membaca Al-Quran.

Amalkan dua perkara ini dan jangan sesekali meninggalkannya.
Cantikkan solat fardhu kita.Solat di awal waktu.Dirikan solat dengan tertib,mempertingkatkan kualiti kusyuk,dan kita pasti merasai nikmat bersolat dalam segenap pergerakan.Jangan segerakan solat dengan cepat ataupun laju-laju.Kita digalakkan bersolat dengan tertib.



Kemudian,membaca Al-Quran.Al-Quran adalah kalam Allah.Ia juga mukjizat kepada umat manusia.Dalam Al-Quran,terdapat penawar-penawar hati,bahkan lenggok ayatnya sahaja sudah mendamaikan jiwa.Tetapkan dalam masa sehari,waktu membaca Al-Quran.Minimum,dua muka surat sehari.Sekiranya kita beristiqamah,dalam masa dua minggu kita dapat menamatkan satu juzuk. :)



 :) Cuba untuk berIstiqamah, Ya.,.
InsyaAllah Allah akan bantu hambaNya yg Berusaha dalam kebaikan.