tapi mcm mna Cik Hati ni boleh kotor??
HATI adalah RAJA kepada segala anggota.Apabila mendekati Dia,kekosongan hati terisi sepenuhnya.,Perasaan takut mulai hilang.Perasaan gelisah musnah.Perasaan resah juga punah.Yang ada hanya apa??Yang ada hanyalah ketenangan :)

Hati adalah milik Allah S.W.T .Hati yang mati adalah perkara yang paling menakutkan untuk golongan Mukmin yang bergerak mencari Keredhaan Allah dalam hidupnya.
Jangan Tinggal Perkara Asas.Resepi utama dalam menghidupkan hati adalah dengan menjaga perkara-perkara asas.Dalam rutin seharian kitasebagai manusiayang beriman,apakah perkara-perkara asas itu ??
1. Mendirikan solat fardhu.
2. Membaca Al-Quran.
Amalkan dua perkara ini dan jangan sesekali meninggalkannya.
Cantikkan solat fardhu kita.Solat di awal waktu.Dirikan solat dengan tertib,mempertingkatkan kualiti kusyuk,dan kita pasti merasai nikmat bersolat dalam segenap pergerakan.Jangan segerakan solat dengan cepat ataupun laju-laju.Kita digalakkan bersolat dengan tertib.
Kemudian,membaca Al-Quran.Al-Quran adalah kalam Allah.Ia juga mukjizat kepada umat manusia.Dalam Al-Quran,terdapat penawar-penawar hati,bahkan lenggok ayatnya sahaja sudah mendamaikan jiwa.Tetapkan dalam masa sehari,waktu membaca Al-Quran.Minimum,dua muka surat sehari.Sekiranya kita beristiqamah,dalam masa dua minggu kita dapat menamatkan satu juzuk. :)
:) Cuba untuk berIstiqamah, Ya.,.
InsyaAllah Allah akan bantu hambaNya yg Berusaha dalam kebaikan.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment