Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Cerita Saya.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Sebenarnya saya ada cerita yang nak dikongsikan dengan anda semua..Cerita ini mengenai 'Sahabat' saya.,Saya juga mempunyai sahabat seperti anda.Tapi mungkin kisah saya berbeza dengan kisah
anda.Saya mula mengenali sahabat saya pada tahun 2012.ketika itu usia baru 13 tahun.Menuntut ilmu di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman,sekolah yang banyak menerapkan nilai Islah dalam diri juga seiring dengan api perjuangan yang tidak pernah malap.Di Sekolah ini,saya mulai belajar tentang "KASIH SAYANG" yang sebenar..Semasa belajar di peringkat sekolah rendah,saya tidak begitu memahami tentang apa itu kasih dan sayang..tetapi apabila masuk ke alam remaja,,saya mula belajar erti kasih dan sayang sesuai dengan syariat Islam.
Sahabat saya sama macam sahabat anda yang lain,sentiasa ada ketika saya sedang memerlukan.Sentiasa hadir tanpa dipinta.Sentiasa menghiburkan hati tika duka datang menyapa.Walaupun kadang-kadang percakapannya agak kasar,tingkahnya menjengkelkan,,tetapi apa yang pasti,sahabat saya ini jauh lebih istimewa,istimewa yang macam mna?? Biarlah Rahsia :)
Di sekolah,kawan2 yang lain tidak pernah mengetahui tentang persahabatan kami.Tidak tahu mengapa,mungkin kerana kami lebih suka merahsiakan persahabatan kami ini.Jika dia jatuh,sayalah yang membantu dia bangkit.Jika saya jatuh,dialah yang membakar semangat saya untuk bangkit.Benar apa yang diungkapkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W :
"Sesama orang mukmin itu bagaikan satu bangunan (kal bunyan) yang saling meguatkan"(H.R. Bukhari).
Pada suatu hari,Allah menguji persahabatan kami.Mungkin Allah ingin melihat sejauh mana perjalanan persahabatan kami ini.Disebabkan beberapa perkara,.hubungan yang dahulunya akrab bagai isi dengan kuku kian berantakan.Jalinan yang sudah lama terjalin kian putus di pertengahan jalan.Iblis sudah mula melebarkan senyuman apabila melihat ukhwah yang terjalin dikalangan anak Adam hancur berkecai.Sekarang saya tidak lagi menerima kata-kata semangat daripada seorang sahabat.Sahabat saya itu lama kelamaan semakin jauh dari gapaian tangan ini.Sudah puas otak ini memerah tenaga mencari asbab terjadinya persengketaan ini.
Tetapi,sayang seribu kali sayang.masa yang belalu tidak boleh diputar semula.
Apa yang hendak saya katakan disini,sekiranya sahabat saya itu membaca Coretan Fatayat ini,saya ingin dia tahu bahawa "UhibbukFillah,kalau anti nak tau..setiap hari ana doa supaya persahabatan kita ni terjalin balik macam dulu.Ana tak pernah berhenti doa kat anti.Dan ana percaya rindu ana sampai kat anti melalui doa tu"...Hmm..Anti kalau rindu kat ana,baca buku yang pernah ana bagi kat anti,tu pun klau anti masih simpan buku tu,klau tak..takpalah..ana tak kisah".'Sahabat..,yang menghubungkan kita,bukan darah daging,tetapi kepercayaan yang sama,kepada Maha Esa.Atas jalinan itu.kita bersaudara,dan saudara kepada saudara itu ada haknya.Betul apa yang dinyanyikan oleh Pasha (Kump UNGU) 'Satu jam saja,ku telah bisa sayangi kamu di hatiku,namun bagiku melupakanmu perlu waktu tuk seumur hidup..'
Maafkan ana sememangnya ada buat garis kat hati anti.
Terima kasih sebab sudi jadi Sahabat ana.
Jangan benci ana :)
“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah.” (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Subhanallah...u r a good girl..understanding...loving...Believe on me that ALLAH love u...coz i know every single moment u never forget to recite doa for ur fren..n one more thing ur fren fell the same...betapa indahnya bersahabat...walau shbat jaih d mata tapi ukhuwah terjalin indah dengan manisnya madah yg lahir dari tulus nya hati..:)
ReplyDeleteYa.,tapi sekarang saya diuji..Diri ini tidak akan pernah lupa untuk menitipkan doa buat Seorang sahabat yang sudah jauh..# Seorang Mukmin juga takkan dapat menjadi Mukmin yang sempurna jika dia tidak diuji dengan Ujian dan Dugaan yang banyak mengajarnya erti 'Kehidupan yg sebenar'..
Delete-Terima kasih cikgu atas nilai ukhwah dan kasih sayang yang telah diterapkan dalam diri insan yang kerdil ini-